~ HALAL yang dieksploitasi~
Salam All
Haritu aku pernah terbaca dalam paper
pasal ade prof kat UM yang dapat cipta alat yang boleh kesan kandungan babi
dalam makanan/minuman/sabun/minyak wangi
tapi bila nak cari balek tak jumpa pulak artikel tu
time ni orang2 kat Malaysia tengah hangat pasal isu halal.
Banyak sangat produk2 kat Malaysia ni yang diragui tahap halal.
lagi-lagi ade restoran yang amil kesempatan guna logo Halal Malaysia
dan paling terkejut sebab aku pon pernah terkena dengan sijil yg dipaparkan
baru tahu tadi mase terdetik hati nak bukak laman web rasmi JAKIM
ADUAN HALAL ON-LINE |
Aduan : | Assalamualaikum Saya nak bertanya, adakah "JOHNNY’S RESTAURANT" disahkan HALAL 100% oleh Jakim, baik makanan dan juga minumanya. Ini kerana saya telah menyemak statusnya disini namun rekod tidak ditemui, malah saya pernah nampak restoran ini memaparkan status HALAL, jadi adakah sijil HALAL telah luput ataupun memang mereka tidak pernah memohon sijil HALAL. Rata-rata pengujung adalah Masyarakat Islam, dan jika ada logo HALAL walhal tidak HALAL maka ini telah dianggap menipu serta tidak sensitif terhadap masyarakat ISLAM. Sekian, terima kasih |
Tarikh Aduan : | 14/04/2009 - 15:49:50 |
Jawapan : | Waalaikumsalam.. Terima kasih kerana bertanya. Johhny's rest tidak pernah memohon halal dari JAKIM/HDC. Ternyata sijil halal yg dikeluarkan adalah datang dari badan islam yg kita tidak pernah iktiraf.Harap pengguna Islam tidak terpedaya dengan logo Halal restoran tersebut. Sekian Terima Kasih |

Macam dah tak boleh nak percaya lah pulak dengan
logo halal JAKIM ni sebab orang boleh tipu senang-senang je.
pastu tadi terbaca palak berita kat My Metro-sila klik
Rasa SEDIH dan KECEWA sangat
sebab ade masyarakat bukan islam yang cuba eksploitasi ayat QURAN dan NAMA ALLAH serta RASULULLAH semata-semata nak tarik pelanggan islam datang ke restoran mereka.
pastu siap ade pelayan wanita yang pakai tudung plak tu kerja kat situ.
haih..ape nak jadi la..
memang lah terpaksa elak makan kat luar kalau tak biasa pergi tempat tuu
Bukan nya senang nak tahu sijil tu betul ke tak.
tiap kali nak beli or makan kat somewhere lepas ni kena cek dulu la gamaknye!!
tadi ade terbaca..
boleh hantar sms kat jakim
sila rujuk di sini
takmo dah tertipu lagi!!
lagipon
bab Halal haram ni patut kita titik-beratkan
terutamanya soal makan-minum sebab ianya akan jadi sebahagian dari darah daging kita..
moga Allah ampuni ketidaksengajaan kami..
AMEEN
sekian..
Comments