sekadar luahan dan perkongsian




Salam semua.


Terima kasih atas segala ucapan tahniah dan doa yang kalian berikan.


Memang itu yang kami perlukan untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh ini.

Hari ini saya ingin menukar sedikit cara penulisan di luar kebiasaan..

Sekadar ingin berkongsi cerita dan meluahkan apa yang terbuku di hati.
Sekaligus mungkin dapat menjawab sedikit-sebanyak persoalan sesetengah pihak.


Saya tak pandai sangat nak mengarang ayat berbunga-bunga ni.

Buat karangan bahasa Melayu SPM dulu pun nangis2(cengeng kan) kena marah ngan cikgu sebab buat tak cukup 2muka surat..tapi terima kasihlah kat cikgu tu..
sbb kne marahlah dapat A.alhamdulillah.


Ramai yang mempersoalkan tindakan saya tuk berkahwin sekarang.
termasuk saudara-mara terdekat. Mereka risau saya takkan dapat menghabiskan pelajaran yang berbaki 2 tahun 2 bulan di Jordan ni.Nauzubillah.
Dan terima kasih kerana ambil berat pasal saya.


Sejujurnya,saya bukanlah seorang yang alim,wara’ atau yang setaraf dengannya.
Saya hanyalah insan kerdil,yang sering alpa dan tak tertanggung rasanya dosa.
Kadang-kadang saya malu nak mengaku bahawa saya adalah salah seorang yg menghafal kitab suci Al-quran.
Malu pada Allah dan Al-quran itu sendiri.
Sebab saya sedar ,saya hanyalah hamba yang hina.

Baik dari segi amalan,tingkah laku dan pergaulan,terlampau banyak yang pincang dan berlubang kat sana sini. Saya takut akan memberi fitnah pada Al-quran tersebut.

Memang sejak dulu saya merancang tak mahu bercinta sebelum berkahwin.sebab saya tahu,tiada istilah ber’couple dalam islam.

Islam tidak membenarkan hubungan bebas antara lelaki dan perempuan .

‘Tiada jalan terbaik buat insan yang bercinta melainkan perkahwinan.~hadis rasulullah.’


Dan banyak lagi. Memang terang-terangan dalam Al-quran mencegah..


“Jangan dekati zina..”


(zina yang dimaksudkan di sini bukan sahaja seks..tapi menyeluruh..apa2 sahaja yang boleh mendekatkan kita ke arah tu~bercakap,main mata,dating, dan apa2 sahaja yang melibatkan perasaan cinta ) Nah kat sini da dapat lihat..betapa teruknya saya kan...Astagfirullah..betapa kerdilnya diri ini..

Hakikatnya..kita merancang tapi Allah adalah sebaik2 Perancang.

Saya taktahu lah nak cakap samada saya telah tewas dengan ujian yang Dia berikan(mungkin ya..sebab iman saya pun hanyalah senipis kulit bawang)..atau mungkin ini adalah bahagian terbaik yang Dia tentukan dalam hidup saya.

Ramai yang bertanya… ‘dok jauh pon nak kawen gak ke?’ ‘ ..Berdosa jugak ke couple?’


Hakikatnya jawapan nya adalah Ya..jika anda sudah tidak mampu menjaga hati. Tidak mampu menghalang diri dari bercakap benda yang penting sahaja dan tidak mampu untuk tidak selalu berhubung(dating atau sebagainya)..

Hanya dua penyelesaian..berkahwin atau putus hubungan(jika anda rasa tak dapat menjaga syariat.)

Jalan kedua tu telah kami cuba lakukan dulu dan hanya bertahan 2 tahun.. Mungkin sudah jodoh kami..

Maka,disebabkan inilah,kami beralih arah Jalan pertama..iaitu perkahwinan..

Sebuah Hubungan yang diberkati dan diredhai.
pelbagai cabaran yang terpaksa kami lalui untuk sampai ke tahap ini
Dan kami sedar bukan senang dan banyak lagi mehnah dan tribulasi yang bakal melanda.


But we will try our best to make this work.


Saya tak mahu menghampakan harapan baba dan mama saya..juga Harapan bakal suami dan family.
Insyaallah segenggam ijazah akan saya hadiahkan buat mereka

Alhamdulillah..hati saya bertambah tenang sejak baba izinkan kami berkahwin.Moga ketenangan ini kekal selama-lamanya dalam hubungan kami ini.

Saya tak kisah orang nak cakap kami tak sabar atau gatal.yang penting hubungan kami halal dan diberkati Allah.
Masing-masing punya pendirian tersendiri dan ini adalah pendirian kami.

Harapan kami Semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga.. Semoga Allah berikan kami kekuatan tuk melalui hubungan jarak jauh ini..
Semoga dipermudahkan segala perjalanan..

Keredhaan Mu yang kami dambakan Ya Allah..

Ampunilah segala dosa-dosa kami wahai tuhan yang maha pengasih lagi penyayang.
Amin..

Doa dari kalian juga amat kami hargai dan harapkan…
Terima kasih.

Comments

aileen said…
aik. ni entry draft ekkkk.hahaha! kantoi!

ye, kami adelah saksi kisah cinta akak.wakakakaka.takleh blah ayat.matila klo abg long bce ;) akak jange katok kami yg mmg nakal ni.hehe.

akak,doakan kami lak ye. kami ye, bukan saya.haha! ;pp
lynn md noh said…
fresh la..baru buat smlm.haha publish arini.
tula..korang mmg adek2 yg nakal.
tapi akk tetap sayang korang.
susah senang byk kite lalui bersama
hehe..
terharu x?
akk akn selalu doakan awak eh korang..lol..
Abdulla said…
bagus post ni
f a i z a h 's said…
salam...
all the best to u...
masing2 pnya jalan cerita sndiri...
mg jalan cerita kita walaupun tidak indah belaka, namun berusahalah utk melakarkan jalan cerita yang diredhai allah...btol2 kagum dgn jalan n keputusan yg diambil walaupun ramai yg mengkritik...yakin pada diri, yakin pada ketentuan allah swt...hnya DIA shj sebaek2 penolong n sebaek2 sandaran...tmpahkan sepenuh pergantungan kepadaNYA...pasti dia tidak akan mengecewakan... all the best to u...ameen
lynn md noh said…
to Abdullah
thanx..akk doakan tuk awk gak.
hehe..

to Faizah..
terima kasih.
amat hargai nasihat dan doa awk tu..
Anonymous said…
sob2~ (T_T)
terharu...

semoga Allah kurniakan antuma berdua ketenangan, kebahagiaan, kesihatan, kerehatan, di dunia mahupun akhirat...

semoga bertemu Redha Allah.
lynn md noh said…
jazakillahukhairan kathira ya ukhti raihan..
Anonymous said…
slm..k.lin, tiba2 dpt tau ttg perkhabaran gembira nih..wah, bgs2! slmt menempuh alam perkahwinan ye..tertunggu2 juga, esp aft ym ngn k.lin dolu2 =p em,yg pasti, sabar dlm berusaha, pasti diganjarkan jua ALLAH akan natijah yg bersesuaian.. =) ALLAH is The Greatest Planner,4 sure..

Popular Posts