Ku Merindui mu..

Salam MaulidurRasul


mari la kita sama banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah


sempena hari keputeraan baginda..


12 rabiulawal 1430h.


tambah kan lagi usaha untuk mengikuti


dan mengamalkan sunnah2 baginda


tanda cinta dan rindu kita pada Baginda.


Alangkah indahnya andai dapat ku tatap wajah Mu ya Rasulullah..


Fadhilat Selawat
Abu Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda:
Apabila seorang mukmin membaca selawat untukku, maka selawat itu diambil oleh malaikat juru pati dengan izin Allah disampaikan ke kuburku.
Maka malaikat itu berkata , 'Hai Muhammad! Polan bin Polan, umatmu telah membaca selawat untuk engkau'.
Kata Nabi SAW, 'Sampaikan kepadanya dariku sepuluh selawat dan katakan kepadanya, 'telah seharusnya bagimumendapat syafaat dari beliau (Nabi SAW)'.
Maka malaikat tadi terus naik ke atas sehingga sampai ke Arasy dan berkata, 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya Polan bin Polan telah membaca selawat sekali untuk kekasihMu.
Maka Allah berfirman, 'Sampaikan kepadanya dari Aku sepuluh selawat'. Kemudian Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap huruf pada selawat itu akan satu malaikat yang mempunyai 360 kepala, tiap-tiap kepala mempunyai 360 wajah/muka, dan tiap-tiap wajah terdapat 360 mulut dan tiap-tiap mulut terdapat 360 lidah guna berbicara dan memuji Allah dengan 360 macam, dan pahala kesemuanya itu dicatat untuk orang yang membaca selawat kepada Nabi SAW sampai hari kiamat'.






Comments

Popular Posts