~fitnah itu lebih besar daripada membunuh~

1st of all aku mintak maaf kat sume cz sjk akhir2 ni entry aku berbaur kemarahan sket..
sumenye berlaku bersebab..
xyah la aku trgkan panjang lebar nape..
bg org2 yg berkaitan n tau perkara sbnr je akn faham..

cume aku juz nak ingt kan kat cni..

allah ade berfirman dlm quran..

Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


so..bile korg ade terbace or terdengar sumthing dr sesape tu..korg better selidik blk dgn teliti la ape yg org tu citer btol ke x...

cz..

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Fitnah biasenye disebarkan bertujuan tuk burukkan individu atau kumpulan. Pda mase yg sme, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.


Mungkin rmi org sangke perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab tu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti xde ape yg merugikan.

Hakikatnye, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

so sebab tu entry aku cam boring je cz aku xnak r bukak aib sesape..

cz...

Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang membebaskan kesempitan dunia, maka Allah akan memebaskannya dari kesempitan di hari Kiamat.

Barangsiapa yang memberi kemudahan orang yang mengalami kesulitan maka Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat.

Barangsiapa menutupi aib orang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hambanya menolong saudaranya." (Muslim)


cume..bile org da mule sentuh privacy aku tu terpakse la aku jawab sket2 ape yg die ckp xbetol kan?..
n ade r gak teguran2 aku yg agak keras..cz bile aku snyp n ckp leklok org pijak kepale plak..

so..kat cni aku mintak maaf sekali lg kat sume..
moga allah ampunkan sgl dose2 aku n umat islam keseluruhannye..

Comments

Popular Posts