Mengapa Pentingnya ada penunjuk Jalan? tak perlu baca jika anda sudah ada kewangan yang kukuh!

Zaman sekarang kalau taknak sesat Pergi Mana-mana kena guna WAZE kan?

Macam tu lah jugak kalau Kita nak berjaya dalam Perniagaan dan Kewangan.

Perlu ada penunjuk Jalan atau dengan nama lain
Kompas Kewangan.

eh Dr lynn ni nak berkompas kompas pulak malam-malam ni kan?

Sajalah Dr lynn nak kongsi sikit Ilmu yang Dr Lynn dapat dari seminar kewangan dengan kak Ieza Yusof tempoh hari.

Apa Itu Kompas Kewangan?

Kompas kewangan ni bagaimana kita nak urus kewangan kita bagi Kukuh dan lengkap dengan backup plan.

So sama cam KOMPAS ia terbahagi kepada :

1.Terpakasa (60%)
-sewa rumah/loan kereta/minyak/liability/bill bulanan/yuran tadika/bibik

2.Sampah (5%)
-benda-benda yang tidak perlu seperti KFC/McD

3.Bocor (5%)
-kredit kad/courts/percutian

4.Untung (30% -10% lindung a.k.a takaful dan 20% Labur
-profit yang kita dapat dari dividen bank/asb/unit trust/takaful/saham



Image result for kompas kewangan



Bila kita ikut kompas kewangan ni betul-betul barulah Profile Kewangan Kita kemas ddan kukuh,
Dr Lynn pon sedang buat penambahbaikan profile kewangan Dr lynn ni.
Sebab penting sangat tuk kita jaga Profile Kewangan ni tuk jana Pendapatan yang lebih tinggi.

Ramai yang buat silap dalam merancang kewangan sendiri.
tak kira lah anda pekerja biasa atau peniaga.
Akibatnya tiada backup plan bila terjadi sesuatu yang tak diinginkan.

Sepatutnya kita perlu simpan dulu duit kita siap- siap sebelum kita buat perbelanjaan.

Berapa ramai kat sini yang dah ada Backup sekurang-kurangnya 6 bulan gaji?
haa..
taknak jawab takpa..cuma cepat-cepat kena tengok balance akaun sendiri ye.

bayangkan kalau apa-apa buruk yang terjadi pada diri kita atau suami nauzubillah..

Apa pelan kecemasan kita?

Sebab tu lah Dr Lynn Bangkit berniaga.
Sebab Dr Lynn mula tersentak dari lamunan waktu dalam proses menyiapkan Rumah pertama Dr Lynn aritu.
Syukur dipertemukan dengan Bisnes Gaya PIN yang sesuai dengan kerjaya hakiki Dr lynn yang sangat sibuk,



Alhamdulilllah
Asbab buat bisnes nilah dapat bantu tampung mana-mana yang tercompang dalam kewangan dr lynn.

Dan Dr lynn percaya Ilmu kewangan ni Sangat Penting untuk Survival knowledge semua orang.
Bukan untuk Peniaga sahaja.


Image result for bangkit kewangan


#surmommytip
#seminarkewanganbisnesowner
#bisnesGayaPIN
#tipskewangan




Comments

Popular Posts